Monday, March 26, 2012

Sepanjang Bulan Mac

Dalam bulan mac ni...macam-macam hal berlaku....ujian bulan, cuti sekolah tak pi mana-mana, lawatan PM ke Putra Perdana....kes pecah rumah di kawasan perumahan...

Ujian Bulanan 1
Result Alya...boleh la tahan jugak...for form 2 student but masih lemah lagi...hanya 1A the rest Bs and Cs.
Result Aina...still 5As tapi banyak kecuaian...yang bestnya semua petty mistakes...

Cuti Sekolah
cuti hanya seminggu...so nak balik kampung mungkin rasa sekejap sangat...so ada la pi tengok movie...'seefood' best jugak...banyak terdapat nilai-nilai murni....the rest of the days..just stay at home...and the kids do their revision...

Lawatan PM
best jugak...sebab boleh la tengok PM in person...selalunya dok tengok dalam tv ja...sesungguhnya ramai manusia berkumpul....tak pernah tengok seramai begitu...ada la jugak karnival pertanian...beli la ole-ole....keseluruhannya enjoy jugak la event tersebut

Kes pecah rumah
sejak kebelakangan ni...banyak sungguh kes pecah rumah...waktu malam...bukan siang...dulu siang-siang buat kerja...rumah jiran sebelah dah dua kali kena pecah masuk. Dulu jiran cina...rumah dikerjakan pada waktu siang...masuk melalui bumbung..menakutkan ja...sekarang ni jiran melayu rumah yang sama...dikerjakan pada waktu malam...yang bestnya satu keluarga tidur  di ruang tamu....semua tak sedar....bangun ja pagi tengok pintu belakang dah terbuka...handphone 2 biji hilang..duit pun hilang...nasib baik tak naik tingkat atas...
Hari ni pulak dengar rumah jiran di jalan belakang nyaris kena pecah...tapi tak sempat...itu pun tidur di bawah...rumah jiran di hujung blok pun kena masuk semalam....hai semua ni amat menakutkan bila dengar....

Ya Allah.....Kau kaburkanlah pandangan mereka yang berniat jahat terhadap keluargaku dan harta bendaku dan Kau lindungilah kami sekeluarga....Amin...

Sunday, March 4, 2012

Terkini 2012

assalamualaikum,
lama kita tak menaip berita di sini. Dah masuk tahun 2012, last taip bulan oktober 2011...lepas tu terus senyap...actually buzy..rasa macam tak ada masa nak mengadap komputer ni....routine terlalu ketat...
Sekarang Alya dah tingkatan dua dan Aina dah darjah tiga...sekejap ja masa berlalu...Alya dah sama tinggi dengan ibu dia...dah nampak macam adik-beradik pulak dah...ni yang membuat Alya selalu bengang bila dengar statement 'macam adik kakak ja' or 'mana satu adik mana satu kakak'...hmmmm lucu pun ada jugak....well dia kena la face dengan benda ni sampai la dia dah tinggi dari ibu dia...
Aina dah tinggi sampai bahu dah...baru darjah tiga...belum darjah enam lagi....masih lagi jadi pengawas dan mereka berdua still maintain di dalam kelas yang sama...nasib baik...tapi pelajaran Alya menurun banyak...mungkin main banyak dan ibu dia kurang beri perhatian yang terperinci kepada dia....bagi Aina last year kedudukan dalam kelas ke belakang jugak lah tapi dapat hadiah matapelajaran matematik 100%.  Dapat la jugak hadiah disebabkan matematik dia....kalau tidak merajuk dia...tu sama jugak perhatian yang terperinci kurang diberi oleh ibu dia...tahun ni tak boleh jadi harus dilakukan dengan detail...to be monitored closely...
Ibu dia....tahun ni ada rutin baru....balik jadi pelajar di sekolah agama...melancarkan yang wajib dilancarkan....sesuatu yang telah lama ditinggalkan...alhamdulillah semuanya berjalan lancar...rasa seronok bila dah boleh .....insyaallah minggu depan boleh ke peringkat seterusnya..azam biarlah sehingga tamat dan membuat suami dan anak-anak bangga...
Alhamdulillah banyak perubahan di dalam keluarga...rumah rasa bertambah tenang...dulu pun tenang jugak...tapi sekarang suasananya lain, aman dan tenang...sejuk, harmoni...harap-harap berkekalan sampai akhir hayat....doa dan harapan dipanjatkan kepadaNYA....AMIN

Saturday, October 22, 2011

Two tickets for 4 person

Two tickets for four person....because of misunderstood with the diagram of the movie seating online...my husband bought 2 tickets instead of four tickets for twin seater...coz we taught that when we bought two twin seater  it could accommodate for four person. So when we got in...we only found out that it was only one twin seater..so we squeezed the four of us on the seat...lucky for us that the seat was on the first row from the back...so nobody was seating behind us....
The movie that we watched was Real Steel...which was about a robot fight..and also about the relationship between a boy and his estranged father...The moral of this movie was, we must  not give up easily on anything..you must have the drive to survive in any situation...fight for the one you love...and let them know that you love them..and lastly size doesn't matter...At the end of the story was quite touching..it was good to watch..
maybe after my elder daughter finishes her exam...coz at the moment she is having her break from the exam..it is deepavali holiday...my youngest daughter had finished her exam that is why we went out to watch this movie...
we might go for another movie again next time..this time we will book the tickets correctly...hmmmm...

Meriah...Riuh-rendah.....

Hari khamis baru ni...ada majlis Yasin dan doa selamat yang dibuat oleh kak ina...disebabkan dah lama tak berjumpa dengan kawan-kawan yang beraerobik dulu..segan pulak rasanya...sampai rumah kak ina awal jugak...ada pun tak berapa orang sangat lagi...masuk la jugak..buangkan rasa malu...kemudian bertambah ramai la yang datang...
Menunya capati, roti benggali, kari daging, pulut kuning, ubi kentang masak kari, puding karamel, tepung pelita, kuih cara, kacang kuda, yee mee hailam, karipap, pulut udang, nescafe panas dan banyak lagilah...Selepas semua dah sampai acara pun diteruskan...aku hanya mendengar sebab 'cuti'..sesudah selesai semua...apa lagi semua terus serbu ke meja...'kita makan dulu'...
selesai makan sesi bergambar pulak for the album...masing-masing dah ada FB..so semua berebut nak tangkap gambar untuk dimuat naik ke bahagian foto...lama-kelamaan keadaan rasa semakin selesa...aku dah mampu tersenyum...kalau tidak nervous jugak..lebih kurang pukul 4pm semua dah beransur pulang...aku balik lambat sikit..ada jugak beberapa orang yang balik lambat sikit...kami dijamu dengan cendol pulak....sedap sungguh...lebih kurang pukul 5pm semua pun beransur pulang...

Friday, October 21, 2011

The three musketeers

Tuesday, lepas hantar anak-anak pergi sekolah...sampai rumah..terus makan tengahari...tiba-tiba dapat panggilan telefon from husband...cakap jom p tengok wayang pukul 2:30pm "three musketeers"...apalagi...ok je la..dengan sepantas kilat...terus lari ke bilik untuk bersiap-siap...sampai ke IOI lebih kurang pukul 2pm...so bila nombor panggung wayang menyala...kami pun masuk..ingatkan ramai orang..rupa-rupanya hanya row belakang sahaja yang diduduki....
The three musketeers ni sudah dibuat dalam banyak version ada yang serius...ada yang ikut buku ceritanya...actually cerita ni merupakan cerita klasik...tapi movie yang tengok kali ni nak kata serius tak la sangat lebih kepada humor but not so much...nak kata macam sci-fi pun tak la jugak...tapi ada 'flying ship' macam kapal terbang...all in all  quite an entertaining movie...
Habis movie pukul 4:30pm...so sementara nak sampai rumah...adalah dalam pukul 5:30pm sebab stuck in a traffic orang balik kerja...this is not the first time we went for a movie only the two of us...last time had watched 'Fast and Furious 5'

Monday, October 17, 2011

Kata Mutiara

You're what you think.  Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya...

Ada sesetengah orang perlu dibimbing sehingga dia berjaya melakukan sesuatu, seperti mengajarkan anak-anak kecil, terutama soal aqidah dan ibadah, bukan semata-mata memberikan maklumat tetapi bersama-sama mereka mempraktikkannya.

Musim peperiksaan datang lagi.....

Bulan oktober...semua sekolah pada bulan ni...sibuk mengadakan peperiksaan akhir...alya dan aina tak terlepas dari 'demam' ni...esok aina akan mengambil peperiksaan akhir...alya pada hari khamis ni baru bermula...bagi aina peperiksaan di sekolah agama akan diadakan pada hujung bulan ni...
Nak kata kedua-duanya rajin buat ulangkaji...boleh la...tapi kena suruh jugak..kadang-kadang lupa untuk berbuat demikian...peringatan harus diberi dari semasa ke semasa...
Keyakinan diri aina dan alya nampak ada peningkatan...walaupun tak banyak...rasa tanggungjawab untuk membuat sesuatu tanpa disuruh ketara la jugak...walaupun sebagai ibu dapat melihat segala perubahan yang berlaku...tapi belum lagi memberi pujian yang berlebih-lebih..takut nanti lupa diri pulak...
Baru-baru ni kami sekeluarga keluar makan tengahari bersama adik-adikku dan adik iparku...di OU...sempena alya dan aina akan mendapat seorang lagi sepupu..selepas makan singgah ke MPH untuk beli buku rujukan alya....dan selepas tu kami ke IKEA saja jalan-jalan...sebab dah lama tak ke sana...ketenangan hidup dapat dirasai lebih baik dari dahulu....syukur ke hadrat illahi...dengan nikmat yang diberi..