Monday, August 15, 2011

Perubahan Ramadhan Kali Ini

Sejak hari pertama berpuasa...tak sempat nak melawat blog...hari ni dah masuk hari ke-15...bersua kembali...ramadhan kali ini...banyak membawa perubahan yang sedikit demi sedikit dapat dilihat didalam keluarga...alya dan aina...lebih senang mendengar nasihat...lebih senang digerak untuk bangun bersahur...tidak buat perangai semasa bersahur....lebih banyak menolong semasa hendak berbuka puasa...tiap-tiap malam selepas solat isya'..kami anak-beranak membaca al-quran...lebih bersederhana dalam berbuka puasa...tidak rambang mata bila pergi ke pasar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa..

Alya masih berpuasa 'penuh' lagi tahun ini...dan pada bulan Jun yang lalu secara rasminya...dia telah memakai hijab...atas kehendak sendiri....tanpa dipaksa...alhamdulillah...

Aina...ramadhan kali ini...semangatnya untuk berpuasa semakin kuat...tidak banyak kerenah..seperti tahun lalu..tak perlu lagi dijemput dari sekolah kerana sakit perut...tapi telah tinggal 2 hari puasa kerana demam...itupun tidak mahunya dibuka puasa kerana sayang....alhamdulillah perubahan perangai anak-anakku amat membanggakan diriku...walaupun sedikit...

Bagi diri ini dan suami...kami lebih banyak mendekatkan diri kepada ALLAH..suamiku lebih rajin ke masjid untuk solat tarawih...begitu juga untuk solat subuh...

Sesungguhnya ramadhan kali ini aku berazam untuk menjadikannya sebagai titik perubahan bagi keluargaku berhijrah menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini...