Sunday, December 19, 2010

Rehat dan Relaks di PD

Lama dah tak sambung cerita...ok dari Melaka kita ke PD pulak...tiba di Admiral Cove lebih kurang 5 petang...dah check in...tiba-tiba bilik yang dapat aircond tak function...so kena la tukar bilik..tapi nasib baik dapat bilik sebelah saja...lepas dah letak semua barang...kami turun ke bawah survey tempat...tengok matahari terbenam...kemudian kami keluar makan malam...Pada keesokan harinya..hujan lebat sangat...cadang-cadang tu nak pergi mandi kolam...tapi kena tunggu hujan dulu....Aina still kena buat homework dia...lebih kurang sejam lebih jugaklah nak tunggu hujan reda...lepas tu apa lagi...turun ke bawah....mandi kolam...yeah...dah berendam lebih kurang 2 jam...kami pun naik..untuk berkemas dan check out...sebab lepas ni kami nak ke tempat lain pulak....ni la tempat yang paling highlight...

Lebih kurang pukul 2 ptg tiba di PD Avillion...check in kat water chalet...bilik tu cantik sangat...open bathroom...pukul 5 ptg keluar bersiar-siar...sambil melihat kawasan sekeliling...banyak tumbuh-tumbuhan herba...binatang peliharaan...macam arnab, ayam, burung merak, guinea pig banyak lagi lah...lepas tu pergi mandi laut...maklum lah jarang tengok laut apatah lagi nak mandi....Aina dan Alya having lots of fun....malam dinner...balik terus tidur
Esok paginya...order breakfast...then makan...kemudian terus bersiap ke kolam...tapi tak sampai sejam...tiba-tiba hujan turun...dengan lebatnya...so apa lagi...cepat-cepat la keluar dari kolam..kemudian kami berkemas dan tibalah masanya untuk kami balik ke rumah....tapi balik ikut jalan lama..saja makan angin...sampai kat Sepang...makan tengahari...lauk-lauknya sedap....mungkin tengah lapar kot...

Percutian yang betul-betul menyeronokkan walaupun nampak macam rushing...bayangkan bermalam di tiga tempat yang berlainan....but fun...

Saturday, December 4, 2010

Melaka Tour

Sebaik saja cuti sekolah bermula...pada hari sabtu pagi...kami sekeluarga bertolak ke Melaka..lebih kurang pukul 10:30 pagi kami tiba di Melaka River Cruise..masa sampai orang tak ramai lagi....so dapat la naik bot dengan tidak ramai orang...pemandangan sepanjang sungai Melaka amatlah cantik...sepanjang sungai Melaka ada sebuah kampung iaitu Kampung Morten...rumah-rumah disitu amatlah cantik....dan bentuknya begitu klasik...bersih.  Bersebelahan dengan kampung tersebut adalah Kampung Sentosa yang telah dibina pada abad ke-20..disitu ada sebuah muzium yang boleh dikunjungi oleh orang ramai...kami belayar sampai ke hujung dan sepanjang sungai terdapat rumah-rumah kedai yang dihiasi dengan mural sejarah....selepas itu kami menuju ke Menara Taming Sari...harga tiket kalau tunjuk Mykad rm10 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak-kanak..masa nak naik rasa berdebar jugak...maklum tinggi...ketinggiannya lebih kurang 80 meter so pemandangan panoramanya amatlah mempesonakan...seluruh negeri Melaka boleh dilihat...dari atas menara ini.  Lepas turun tu ada la rasa pening-pening lalat sikit....tapi lepas tu okay..lepas tu naik beca pusing kawasan muzium yang ada disitu..berhenti di Kota A'Famosa...lalu depan kapal Fleur De Lamar...sambil pusing-pusing tu abang beca sempat bercerita dan memberi info tentang penaklukan Portugis dan Belanda ke atas Melaka...kira macam belajar sejarah pulak...lepas tu kami makan tengahari di food court Samudera...cari lauk asam pedas melaka, ulam dan cencaluk...itu saja lauk yang kami makan ...sedap.....mungkin sebab lapar sangat...
Lebih kurang pukul 3 petang tiba di hotel....check in saja terus rehatkan badan...habis semua tidur...malam dinner kat Perkampungan Ikan Bakar di Umbai Baru...cantik juga kawasan tu...
Keesokan paginya...naik Menara Taming Sari lagi...sebab tak puas naik sekali....kemudian jalan perlahan mengelilingi kawasan muzium....masuk muzium Istana Melaka....masuk Muzium Samudera...sampai penat la berjalan....lepas tu balik semula ke hotel untuk makan tengahari dengan sepupu dan ibu saudara suamiku...selepas selesai makan...kami bertolak ke Port Dickson lebih spesifik ke Admiral Cove untuk bermalam di sana pulak...bersambung...