Saturday, October 22, 2011

Two tickets for 4 person

Two tickets for four person....because of misunderstood with the diagram of the movie seating online...my husband bought 2 tickets instead of four tickets for twin seater...coz we taught that when we bought two twin seater  it could accommodate for four person. So when we got in...we only found out that it was only one twin seater..so we squeezed the four of us on the seat...lucky for us that the seat was on the first row from the back...so nobody was seating behind us....
The movie that we watched was Real Steel...which was about a robot fight..and also about the relationship between a boy and his estranged father...The moral of this movie was, we must  not give up easily on anything..you must have the drive to survive in any situation...fight for the one you love...and let them know that you love them..and lastly size doesn't matter...At the end of the story was quite touching..it was good to watch..
maybe after my elder daughter finishes her exam...coz at the moment she is having her break from the exam..it is deepavali holiday...my youngest daughter had finished her exam that is why we went out to watch this movie...
we might go for another movie again next time..this time we will book the tickets correctly...hmmmm...

Meriah...Riuh-rendah.....

Hari khamis baru ni...ada majlis Yasin dan doa selamat yang dibuat oleh kak ina...disebabkan dah lama tak berjumpa dengan kawan-kawan yang beraerobik dulu..segan pulak rasanya...sampai rumah kak ina awal jugak...ada pun tak berapa orang sangat lagi...masuk la jugak..buangkan rasa malu...kemudian bertambah ramai la yang datang...
Menunya capati, roti benggali, kari daging, pulut kuning, ubi kentang masak kari, puding karamel, tepung pelita, kuih cara, kacang kuda, yee mee hailam, karipap, pulut udang, nescafe panas dan banyak lagilah...Selepas semua dah sampai acara pun diteruskan...aku hanya mendengar sebab 'cuti'..sesudah selesai semua...apa lagi semua terus serbu ke meja...'kita makan dulu'...
selesai makan sesi bergambar pulak for the album...masing-masing dah ada FB..so semua berebut nak tangkap gambar untuk dimuat naik ke bahagian foto...lama-kelamaan keadaan rasa semakin selesa...aku dah mampu tersenyum...kalau tidak nervous jugak..lebih kurang pukul 4pm semua dah beransur pulang...aku balik lambat sikit..ada jugak beberapa orang yang balik lambat sikit...kami dijamu dengan cendol pulak....sedap sungguh...lebih kurang pukul 5pm semua pun beransur pulang...

Friday, October 21, 2011

The three musketeers

Tuesday, lepas hantar anak-anak pergi sekolah...sampai rumah..terus makan tengahari...tiba-tiba dapat panggilan telefon from husband...cakap jom p tengok wayang pukul 2:30pm "three musketeers"...apalagi...ok je la..dengan sepantas kilat...terus lari ke bilik untuk bersiap-siap...sampai ke IOI lebih kurang pukul 2pm...so bila nombor panggung wayang menyala...kami pun masuk..ingatkan ramai orang..rupa-rupanya hanya row belakang sahaja yang diduduki....
The three musketeers ni sudah dibuat dalam banyak version ada yang serius...ada yang ikut buku ceritanya...actually cerita ni merupakan cerita klasik...tapi movie yang tengok kali ni nak kata serius tak la sangat lebih kepada humor but not so much...nak kata macam sci-fi pun tak la jugak...tapi ada 'flying ship' macam kapal terbang...all in all  quite an entertaining movie...
Habis movie pukul 4:30pm...so sementara nak sampai rumah...adalah dalam pukul 5:30pm sebab stuck in a traffic orang balik kerja...this is not the first time we went for a movie only the two of us...last time had watched 'Fast and Furious 5'

Monday, October 17, 2011

Kata Mutiara

You're what you think.  Kadangkala, tersalah sangka juga ada manfaatnya, terutamanya apabila kita menyangka niat seseorang yang jahat itu sebenarnya baik untuk kita, lalu kita mendapat manfaat daripadanya...

Ada sesetengah orang perlu dibimbing sehingga dia berjaya melakukan sesuatu, seperti mengajarkan anak-anak kecil, terutama soal aqidah dan ibadah, bukan semata-mata memberikan maklumat tetapi bersama-sama mereka mempraktikkannya.

Musim peperiksaan datang lagi.....

Bulan oktober...semua sekolah pada bulan ni...sibuk mengadakan peperiksaan akhir...alya dan aina tak terlepas dari 'demam' ni...esok aina akan mengambil peperiksaan akhir...alya pada hari khamis ni baru bermula...bagi aina peperiksaan di sekolah agama akan diadakan pada hujung bulan ni...
Nak kata kedua-duanya rajin buat ulangkaji...boleh la...tapi kena suruh jugak..kadang-kadang lupa untuk berbuat demikian...peringatan harus diberi dari semasa ke semasa...
Keyakinan diri aina dan alya nampak ada peningkatan...walaupun tak banyak...rasa tanggungjawab untuk membuat sesuatu tanpa disuruh ketara la jugak...walaupun sebagai ibu dapat melihat segala perubahan yang berlaku...tapi belum lagi memberi pujian yang berlebih-lebih..takut nanti lupa diri pulak...
Baru-baru ni kami sekeluarga keluar makan tengahari bersama adik-adikku dan adik iparku...di OU...sempena alya dan aina akan mendapat seorang lagi sepupu..selepas makan singgah ke MPH untuk beli buku rujukan alya....dan selepas tu kami ke IKEA saja jalan-jalan...sebab dah lama tak ke sana...ketenangan hidup dapat dirasai lebih baik dari dahulu....syukur ke hadrat illahi...dengan nikmat yang diberi..

Sunday, October 2, 2011

Kata Mutiara

"Jangan menunggu datangnya kebahagiaan untuk dapat tersenyum...tapi tersenyumlah agar anda berbahagia"

Akhir Ramdhan dan Syawal

Masa last tulis adalah pertengahan ramadhan...sekarang syawal pun sudah berakhir...dah masuk 4 Zulkaedah 1432...Aidilfitri tahun ini...lebih bermakna sebab abah dah recover balik..and he is himself  back....dan aidilfitri tahun ni...bertambahlah ahli keluarga seorang lagi...iaitu adik ipar yang baru...first day raya..seperti biasa kami memulakan hari dengan beraya ke Bayan Lepas..kemudian ke Kulim...dan last sekali ke Bagan Jermal...

Hari kedua kami tak pergi ke mana-mana...sebab letih berjalan pada aidilfitri pertama....beraya dengan adik ipar baru...best jugak...ada kawan baru...boleh diajak bersembang...bergurau...tahun ni kami sekeluarga balik awal ke Puchong disebabkan suami ada kerja yang harus disiapkan dengan segera...hari raya ketiga kami sudah meninggalkan kampung...didalam perjalan balik...kami singgah ke rumah adik abah di Taman Bunga Raya..selepas tu ke Taiping dan bermalam disana...hari raya keempat baru bergerak menuju ke Puchong...rasa bersalah tu adalah jugak sebab tak sempat nak beraya lebih lama di kampung...tapi nak buat macamana..harus mengikut bos...at least balik tu boleh la berehat sekejap dan kemaskan rumah yang mana tak sempat...sementara menunggu sekolah buka semula...

Bila sekolah buka semula...start malam isnin tu....jiran-jiran datang berkunjung ke rumah.....masa tu apa yang ada saja kat rumah dihidangkan...sebab tak sempat nak beli barang-barang untuk masak...nasib baik ada kuih raya...bermula dari malam itulah majlis rumah terbuka yang formal dan tak formal diadakan...boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada jemputan rumah terbuka....mula-mula aku dan suami tak nak buat open house....tapi akhirnya buat jugak....dengan menu...laksa penang dan satay...jemputan cuma jiran-jiran di kawasan perumahan saja....tapi itupun meriah...seronok rasanya...dalam pada itu dapat kenal jiran baru sebelah rumah yang baru pindah...mengeratkan silaturrahim....

Syawal tahun ini....aku rasa amat tenang dan seronok berkunjung ke rumah-rumah jiran...alhamdulillah semuanya berjalan lancar...