Thursday, November 19, 2009

What's up Alya Aina??

Parents datang sejak hari Jumaat, tapi hari ni dah balik ke Penang dengan keretapi...Alya dapat buku laporan hari ini...nampaknya cabaran yang harus disahut...tidak bersahutan...so cabaran dibawa ke tahun hadapan...dia harus bekerja lebih keras lagi untuk mendapat ganjaran yang menanti....Alya jugak dapat hadiah pada hari sabtu ini...sempena Hari Penyampaian Hadiah di sekolahnya...kerana mewakili sekolah untuk kumpulan koir peringkat daerah dan negeri...Aina...esok adalah hari terakhirnya sebagai murid tadika...tahun hadapan dia akan memasuki tahun satu...sesi pagi...sekarang Aina sedang menghadapi ujian di sekolah agamanya selama tiga hari...Alya selama 5 hari...ada ahli baru masuk keluarga kami...hitam, berkaki empat, panjang dan lebar...apakah ia??? baru semalam.....seronok duduk di dalamnya....

No comments: