Thursday, September 16, 2010

Raya Kedua...sesak dijalanraya...

Raya kedua...lebih kurang pukul 11 pagi kami bertolak ke Taiping...untuk menziarahi ibu saudara suami....masa tiba diatas jambatan Pulau Pinang....dah jam...trafik bergerak dengan perlahan....(nasib baik bergerak) kalau tidak bosan duduk di dalam kereta....20 minit berada di atas jambatan...tiba-tiba kereta BOMBA berada di belakang sambil membunyikan siren....tengok di hadapan macam ada kepulan asap hitam...ingatkan ada kereta terbakar akibat daripada kemalangan...rupanya kabel TNB dibawah jambatan terbakar....sempat jugak mengambil gambar dan video..bayangkan dari 3 lorong dijadikan 2 lorong...sesak yang amat sangat....lebih kurang sejam berada di atas jambatan...baru trafik boleh bergerak dengan lancar semula...

Sampai di Taiping lebih kurang pukul 1petang...ibu saudara buat nasi daging...kari ayam, dalca dan kerabu timun...adik ipar juga sampai dalam masa yang sama....bersama suami dan anaknya Imaan Zara....mamu pun ada...serta anak ibu saudara dan menantunya..Kami menjamu selera makan tengahari...bersembang dengan riuhnya...Alya dan Aina bermain dengan Imaan....

Lebih kurang pukul 4 petang kami bertolak balik ke Penang...ingatkan trafik di jambatan dah pulih seperti biasa...rupa-rupanya masih sesak lagi...jadi terpaksalah melencong ke rumah sepupu suami..di Pauh Jaya...disana menjamu selera lagi...kali ni ada nasi lemak dan koay teow goreng....berjumpa dengan sepupu suami yang lain...bermaaf-maafan di sana pula...dalam pukul 9 malam bertolak ke pulau...kali ini trafik dah ok sedikit....setengah jam selepas itu sampai ke rumah...penat tak terkira....

Banyak sungguh kereta dijalanraya...begitulah selalu bila pulang ke kampung...sesak diatas jambatan memang tidak dapat dielakkan..tambahan apabila berlaku kemalangan atau kejadian kebakaran kabel..

No comments: