Saturday, December 4, 2010

Melaka Tour

Sebaik saja cuti sekolah bermula...pada hari sabtu pagi...kami sekeluarga bertolak ke Melaka..lebih kurang pukul 10:30 pagi kami tiba di Melaka River Cruise..masa sampai orang tak ramai lagi....so dapat la naik bot dengan tidak ramai orang...pemandangan sepanjang sungai Melaka amatlah cantik...sepanjang sungai Melaka ada sebuah kampung iaitu Kampung Morten...rumah-rumah disitu amatlah cantik....dan bentuknya begitu klasik...bersih.  Bersebelahan dengan kampung tersebut adalah Kampung Sentosa yang telah dibina pada abad ke-20..disitu ada sebuah muzium yang boleh dikunjungi oleh orang ramai...kami belayar sampai ke hujung dan sepanjang sungai terdapat rumah-rumah kedai yang dihiasi dengan mural sejarah....selepas itu kami menuju ke Menara Taming Sari...harga tiket kalau tunjuk Mykad rm10 untuk dewasa dan rm5 untuk kanak-kanak..masa nak naik rasa berdebar jugak...maklum tinggi...ketinggiannya lebih kurang 80 meter so pemandangan panoramanya amatlah mempesonakan...seluruh negeri Melaka boleh dilihat...dari atas menara ini.  Lepas turun tu ada la rasa pening-pening lalat sikit....tapi lepas tu okay..lepas tu naik beca pusing kawasan muzium yang ada disitu..berhenti di Kota A'Famosa...lalu depan kapal Fleur De Lamar...sambil pusing-pusing tu abang beca sempat bercerita dan memberi info tentang penaklukan Portugis dan Belanda ke atas Melaka...kira macam belajar sejarah pulak...lepas tu kami makan tengahari di food court Samudera...cari lauk asam pedas melaka, ulam dan cencaluk...itu saja lauk yang kami makan ...sedap.....mungkin sebab lapar sangat...
Lebih kurang pukul 3 petang tiba di hotel....check in saja terus rehatkan badan...habis semua tidur...malam dinner kat Perkampungan Ikan Bakar di Umbai Baru...cantik juga kawasan tu...
Keesokan paginya...naik Menara Taming Sari lagi...sebab tak puas naik sekali....kemudian jalan perlahan mengelilingi kawasan muzium....masuk muzium Istana Melaka....masuk Muzium Samudera...sampai penat la berjalan....lepas tu balik semula ke hotel untuk makan tengahari dengan sepupu dan ibu saudara suamiku...selepas selesai makan...kami bertolak ke Port Dickson lebih spesifik ke Admiral Cove untuk bermalam di sana pulak...bersambung...

No comments: