Sunday, November 28, 2010

Hari Anugerah Cemerlang

16 November, hari Aina mendapat anugerah cemerlang bagi tempat pertama dalam kelasnya...pagi-pagi lagi dah bangun dengan bersemangat...pergi satu famili...sampai sekolah lebih kurang pukul 7:50 pagi...Majlis bermula pada pukul 8:30 pagi....masuk saja ibubapa daftar sebelah kiri, pelajar daftar sebelah kanan...kemudian mengambil tempat masing-masing..pelajar diberi tempat duduk asing...Aina asyik tersenyum saja....dengan pakaian sekolahnya...dan berkaca mata...nampak seronok sangat...penyampaian sijil diberikan kepada pelajar-pelajar prasekolah dahulu diikuti dengan murid tahun 1 dan seterusnya....Aina hanya dapat hadiah untuk kedudukan dalam kelas sahaja...untuk matapelajaran tak...walau bagaimanapun kami berasa amat gembira...kerana dia berjaya mempertahankan kedudukannya dalam kelas pada pertengahan tahun dan akhir tahun walaupun peratus turun. Disamping itu Aina juga mendapat tawaran untuk menjadi pengawas muda pada tahun hadapan....dia hendak sangat jadi pengawas...so tahun depan kena la beli baju sekolah warna lain pulak...kasut pun warna lain...Tahniah Aina Nur Aisya Ahmad Nazree...

No comments: