Tuesday, July 6, 2010

Solat Hajat

Akhirnya solat hajat diadakan juga di sekolah Alya....so malam tu....pergi dengan Alya....hujan lebat jugak malam tu....mulanya pada pukul 7 malam dan berakhir pada pukul 10:30 malam...majlis itu diakhiri dengan sesi motivasi oleh pakar motivasi dari luar...dalam motivasi tu  ada beberapa tips yang diberikan kepada ibubapa sebagai persediaan untuk membantu anak-anak menjelang peperiksaan:
1. Fahami tekanan dihadapi oleh anak
2. Tingkatkan keyakinan diri anak
3. Dorong anak secara positif
4. Kerjasama sepenuhnya dari ahli keluarga
5.  Kurangkan aktiviti luar
6. Pastikan anak tidur awal
7. Berikan anak pelepasan tugasan harian di rumah
8. Nyatakan ganjaran dengan jelas
9.  Ambil cuti pada hari peperiksaan anak
10.  Banyakkan berdoa dan solat hajat

rasa bersemangat pulak setelah mendengar tip-tip di atas....

No comments: