Sunday, October 2, 2011

Akhir Ramdhan dan Syawal

Masa last tulis adalah pertengahan ramadhan...sekarang syawal pun sudah berakhir...dah masuk 4 Zulkaedah 1432...Aidilfitri tahun ini...lebih bermakna sebab abah dah recover balik..and he is himself  back....dan aidilfitri tahun ni...bertambahlah ahli keluarga seorang lagi...iaitu adik ipar yang baru...first day raya..seperti biasa kami memulakan hari dengan beraya ke Bayan Lepas..kemudian ke Kulim...dan last sekali ke Bagan Jermal...

Hari kedua kami tak pergi ke mana-mana...sebab letih berjalan pada aidilfitri pertama....beraya dengan adik ipar baru...best jugak...ada kawan baru...boleh diajak bersembang...bergurau...tahun ni kami sekeluarga balik awal ke Puchong disebabkan suami ada kerja yang harus disiapkan dengan segera...hari raya ketiga kami sudah meninggalkan kampung...didalam perjalan balik...kami singgah ke rumah adik abah di Taman Bunga Raya..selepas tu ke Taiping dan bermalam disana...hari raya keempat baru bergerak menuju ke Puchong...rasa bersalah tu adalah jugak sebab tak sempat nak beraya lebih lama di kampung...tapi nak buat macamana..harus mengikut bos...at least balik tu boleh la berehat sekejap dan kemaskan rumah yang mana tak sempat...sementara menunggu sekolah buka semula...

Bila sekolah buka semula...start malam isnin tu....jiran-jiran datang berkunjung ke rumah.....masa tu apa yang ada saja kat rumah dihidangkan...sebab tak sempat nak beli barang-barang untuk masak...nasib baik ada kuih raya...bermula dari malam itulah majlis rumah terbuka yang formal dan tak formal diadakan...boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada jemputan rumah terbuka....mula-mula aku dan suami tak nak buat open house....tapi akhirnya buat jugak....dengan menu...laksa penang dan satay...jemputan cuma jiran-jiran di kawasan perumahan saja....tapi itupun meriah...seronok rasanya...dalam pada itu dapat kenal jiran baru sebelah rumah yang baru pindah...mengeratkan silaturrahim....

Syawal tahun ini....aku rasa amat tenang dan seronok berkunjung ke rumah-rumah jiran...alhamdulillah semuanya berjalan lancar...


No comments: