Monday, October 17, 2011

Musim peperiksaan datang lagi.....

Bulan oktober...semua sekolah pada bulan ni...sibuk mengadakan peperiksaan akhir...alya dan aina tak terlepas dari 'demam' ni...esok aina akan mengambil peperiksaan akhir...alya pada hari khamis ni baru bermula...bagi aina peperiksaan di sekolah agama akan diadakan pada hujung bulan ni...
Nak kata kedua-duanya rajin buat ulangkaji...boleh la...tapi kena suruh jugak..kadang-kadang lupa untuk berbuat demikian...peringatan harus diberi dari semasa ke semasa...
Keyakinan diri aina dan alya nampak ada peningkatan...walaupun tak banyak...rasa tanggungjawab untuk membuat sesuatu tanpa disuruh ketara la jugak...walaupun sebagai ibu dapat melihat segala perubahan yang berlaku...tapi belum lagi memberi pujian yang berlebih-lebih..takut nanti lupa diri pulak...
Baru-baru ni kami sekeluarga keluar makan tengahari bersama adik-adikku dan adik iparku...di OU...sempena alya dan aina akan mendapat seorang lagi sepupu..selepas makan singgah ke MPH untuk beli buku rujukan alya....dan selepas tu kami ke IKEA saja jalan-jalan...sebab dah lama tak ke sana...ketenangan hidup dapat dirasai lebih baik dari dahulu....syukur ke hadrat illahi...dengan nikmat yang diberi..

No comments: