Saturday, October 22, 2011

Meriah...Riuh-rendah.....

Hari khamis baru ni...ada majlis Yasin dan doa selamat yang dibuat oleh kak ina...disebabkan dah lama tak berjumpa dengan kawan-kawan yang beraerobik dulu..segan pulak rasanya...sampai rumah kak ina awal jugak...ada pun tak berapa orang sangat lagi...masuk la jugak..buangkan rasa malu...kemudian bertambah ramai la yang datang...
Menunya capati, roti benggali, kari daging, pulut kuning, ubi kentang masak kari, puding karamel, tepung pelita, kuih cara, kacang kuda, yee mee hailam, karipap, pulut udang, nescafe panas dan banyak lagilah...Selepas semua dah sampai acara pun diteruskan...aku hanya mendengar sebab 'cuti'..sesudah selesai semua...apa lagi semua terus serbu ke meja...'kita makan dulu'...
selesai makan sesi bergambar pulak for the album...masing-masing dah ada FB..so semua berebut nak tangkap gambar untuk dimuat naik ke bahagian foto...lama-kelamaan keadaan rasa semakin selesa...aku dah mampu tersenyum...kalau tidak nervous jugak..lebih kurang pukul 4pm semua dah beransur pulang...aku balik lambat sikit..ada jugak beberapa orang yang balik lambat sikit...kami dijamu dengan cendol pulak....sedap sungguh...lebih kurang pukul 5pm semua pun beransur pulang...

No comments: