Monday, November 1, 2010

Setiap kejadian ada hikmahnya...

Setiap apa yang berlaku di dalam hidup kita, pasti ada hikmahnya...kepulanganku ke kampung halaman...kali ini setelah menerima berita buruk...tok saudaraku telah menghembus nafas terakhirnya pada 30 oktober 2010.  Pada masa yang sama pakcikku juga dimasukkan ke hospital kerana diserang sawan. Ini adalah kejadian yang kali kedua bagi dirinya...keadaan kesihatannya yang tidak berapa baik...sehingga memerlukan dialisis dengan secepat mungkin...sekarang masih berada di hospital...tak tahu bila akan dibenarkan balik...

Setiap kita akan menerima dugaan dari Allah tak kira berat ataupun ringan..hanya DIA tahu samada kita boleh menanggungnya ataupun tidak...apa yang kita boleh buat hanyalah dengan berdoa kepadaNYA dan memohon kepadaNYA.

Walaupun kita mengatakan dugaan yang kita hadapi ini lebih teruk dan susah bagi kita untuk mengendalikannya..cuba fikirkan bahawa masih ada orang lain yang dugaannya sepuluh kali lebih teruk dari apa yang kita hadapi...Aku selalu cuba berfikir sebegitu....untuk tidak berasa susah hati dan serabut.

Apa-apa pun aku cuba untuk tabahkah diri ini...dan berdoa kepada ALLAH...

No comments: